Saturday, April 20, 2013

CALON USNO BERTANDING LOGO BEBAS " RUMAH " DISEMUA KAWASAN




Calon USNO BEBAS bertanding di 10 kawasan di 3 Palrlimen dan 7 Dewan Undangan Negeri  di Negeri Sabah.Pagi ini di Laporkan calon calon USNO telah terun ke penamaan Calon dan memperkenalkan diri mereka sebagai Calon USNO.
Semasa Penamaan Calon , Calon USNO telah meminta kepada SPR supaya membenarkan mereka menggunakan Logo USNO untuk digunakan logo tetapi semua pusat penamaan calon telah menolak permohonan mereka , percubaan kedua adalah menggunakan nama untuk dicetak dalam kertas undi      “ SI USNO “ perkara ini juga telah ditolak kecuali seorang Calon mereka di N.54 Bugaya iaitu Abdullah Sani Hj Abdul Salleh yang telah melimpasi halangan itu dimana NAMA SI USNO tidak mendapat bantahan dari pegawai Pilihanraya.
Akhirnya semua calon USNO telah menggunakan Logo Calon Bebas hampir semua kawasan dengan lambang ‘RUMAH’ Kecuali Calon N.52 Sulabayan En. Mamat Balhana yang terpaksa menggunakan Lambang Logo ‘KERUSI’ dan Calon N.54 Bugaya Abdullah Sani Hj Abdul Salleh mengunakan Logo ‘BAJU’.
Semua Calon USNO yang terun bertanding telah dapat menyertai pilihanraya di Negeri Sabah yang diketuai oleh Presidennya Anak kepada bapa kemerdekaan Sabah Datu Badaruddin Tun Mustapha yang bakal bertanding di Palimen P.189 Semporna menentang Calon BN Datuk Shafie Afdal dan Di Dun Senallang menentang Datuk Nasir Tun Sakaran.
Datu Arifin Datu Abdul Salam Setiausaha Agong USNO telah menggunakan Logo STAR di N.1 Banggi.




Berikut adalah kawasan yang ditandingI Oleh calon calon USNO :



1.Dt.Badarudin Tun M - LOGO RUMAH - P.189 SEMPORNA

 2.Abdullah Sani HS - LOGO BAJU - N.54 BUGAYA
 3.Abdul Sattal - LOGO RUMAH - N.51 KUNAK
 4.Azlan Tsen - LOGO RUMAH - N.49 TUNGKU

 5.Dt.Badarudin Tun M - LOGO RUMAH - N.53 SENALLANG.
6.Dt.Elahan Dt.AB - LOGO RUMAH - N.34 SEKONG
7.Mamat Balhana - LOGO KERUSI - N.52 SULABAYAN
8.Abdillah Timbasal - LOGO RUMAH - N.55 BALUNG
 9.Hj Ahmad Awang - LOGO RUMAH - P.190 TAWAU

10.Fredie Japat A/K Simol - LOGO RUMAH - P.191 KELABAKAN
11. Dt.Arifin Datu Salam - LOGO STAR - N.1 BANGGI .


Oleh : Media USNO